Universiti Kebangsaan Malaysia dianugerah KURSI UNESCO

PU01.jpg

Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), pada Februari 2019, telah dianugerah KURSI UNESCO dalam bidang ‘Social Practices in Intercultural Communication and Social Cohesion,’ sebuah kursi penyelidikan. Ini merupakan KURSI UNESCO pertama di UKM dan pertama di Malaysia dalam bidang komunikasi antara budaya yang memberi tumpuan kepada kajian etnik dan kesepaduan sosial. Anugerah ini memperagakan peranan utama KITA-UKM dalam menangani perihal perpaduan dan integrasi nasional serta kesepaduan sosial di Malaysia dan rantau Asia Tenggara. Di samping itu, anugerah ini juga memperakukan kewibawaan KITA-UKM sebagai pemacu kajian hubungan antara dan dalaman etnik dan kajian mengenai pola perilaku seharian yang mendukung kesepaduan nasional ke arah akhirnya merealisasikan perpaduan negara. Ini meletakkan UKM sebagai juara kajian etnik di Malaysia dan rantau ASEAN. Peranan KURSI UNESCO ini adalah untuk bertindak sebagai sebuah hub penyelidikan kolaboratif antara para penyelidik tersohor dan mereka yang baru bertapak di Malaysia dan ASEAN dalam bidang kajian etnik, komunikasi dan kesepaduan sosial. Selain daripada melaksana tugas teras (core business) sebagai sebuah institusi penyelidikan akademik, ia juga terlibat dalam advokasi awam. Terkini KITA-UKM telah berjaya membina Pelan Tindakan Perpaduan Negara 2018 (PTPN 2018) dan Indeks Perpaduan Nasional 2018 (IPNas 2018). Dari sudut penglibatan profesional KITA-UKM juga telah menyumbang kepakaran kepada keperluan sektor swasta, seperti kerjasama pintar dengan AIRBUS, sebuah syarikat globa tersohor, dalam penyelidikan berkait dengan hal ehwal sumber manusia pelbagai etnik. Ketua dan pakar yang menjadi penyandang KURSI UNESCO di UKM ini ialah Profesor Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin, Pengarah Pengasas, Institut Kajian Etnik (KITA) UKM, semenjak 2007. Beliau adalah salah seorang daripada lima Profesor Ulung yang dilantik oleh kerajaan Malaysia setakat ini. Baru-baru ini beliau telah dianugerah Felo Akademi Sains Malaysia. Pada 2008 beliau dianugerahkan Academic Prize, Fukuoka Cultural Award, Jepun. Kini beliau adalah Pengerusi, Majlis Profesor Negara (MPN). Beliau memperoleh ijazah Doktor Falsafah dalam bidang antropologi sosial daripada Monash University, Australia. (laman web: www.ukm.academia.edu/ShamsulAB).



PU02.jpg

The Institute of Ethnic Studies (KITA), The National University of Malaysia (UKM) has been awarded, in February 2019, the ‘UNESCO Chair in Social Practices in Intercultural Communication and Social Cohesion.’ It is a research chair. This is the very first UNESCO Chair to be awarded to UKM and the first in Malaysia within the field of inter-cultural communication, focusing on ethnic studies and social cohesion. This award highlights the role of KITA-UKM as the critical focal point for issues pertaining to national unity, integration and social cohesion not only in Malaysia but also throughout South East Asia. The award also signifies the leading role of KITA-UKM in the study of inter- and intra-ethnic relations, everyday -defined social practices in intercultural communication and the construction of social cohesion. It also cements the position of UKM as a leading research institution in ethnic studies in Malaysia and the region. The Chair, through KITA, creates a national and international hub of collaborative research between various high-level, internationally recognized researchers and teaching staff of the University and other institutions in Malaysia, and in other regions of the world. It also envisions the continuity of our contribution to public advocacy activities, as exemplified by the recently completed National Unity Index 2018 of Malaysia (IPNas 2018) and various forms of professional engagement, such as with AIRBUS, a global brand name with an ethnically diverse workforce. The University was awarded the UNESCO Chair based on the relevant expertise and experience of the Chair holder, Distinguished Professor Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin (Shamsul AB), who is one of only five Distinguished Professors in Malaysia and a Fellow of the Academy of Science Malaysia. He is also Chairperson, The National Council of Professors, Malaysia (MPN). He has been the founding director of KITA, since 2007, holds a PhD in Social Anthropology from Monash University, Australia, and was awarded the Academic Prize 2008, Fukuoka Prize, Japan. (website: www.ukm.academia.edu/ShamsulAB).



Posted in Kenyataan Media, Utama on Mar 20, 2019




MPN @ MEDIA SOSIAL

Galeri
             

Dasar Privasi Laman | Hubungi MPN
Hakcipta Terpelihara © 2018 Majlis Profesor Negara