• image

    Laman Web Majlis Profesor Negara

    Kini berwajah baru!

Women in STEM

Seminar Women in STEM anjuran Projek Khas Nasional (Pengajian Tinggi Swasta) telah diadakan pada 19 November 2017 bertempat di Multivarsity Complex, EDUCITY, Iskandar Puteri, Johor. Objektif utama seminar ini adalah untuk memupuk kesedaran dan minat terhadap bidang STEM dalam kalangan pelajar perempuan di peringkat sekolah menengah di sekitar Negeri Johor.

Penganjuran seminar ini mendapat kerjasama dari tiga buah universiti luar negara yang mempunyai cawangan Malaysia iaitu University of Southampton, University of Reading Malaysia dan Newcastle University Medicine. Dalam majlis tersebut, Prof. Datuk Dr. Halimatun Hamdan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) selaku ahli Kluster STEM di bawah Projek Khas Nasional (Pengajian Tinggi Swasta) telah dijemput untuk memberi ucaptama.

Seramai 124 peserta yang terdiri daripada pelajar dan guru dari Sekolah Tun Fatimah (STF), SMK Sultanah Engku Tun Aminah (SETA), Sultan Ibrahim Girls School (SIGS) dan SMK Infant Jesus Convent telah menyertai program selama sehari ini. Selain daripada seminar, program ini turut diselangi dengan bengkel yang memberi peluang kepada pelajar untuk mengenali bidang sains dengan lebih dekat. Penganjuran program ini diharapkan dapat merapatkan jurang jantina dalam bidang STEM pada masa hadapan seiring dengan hasrat negara menuju fasa negara maju dan berpendapatan tinggi.

13.jpg

14.jpg

Posted in 2017, Aktiviti, Arkib 2017, Projek Khas Nasional (Pengajian Tinggi Swasta) on Nov 19, 2017




MPN @ MEDIA SOSIAL

Galeri
             

Dasar Privasi Laman | Hubungi MPN
Hakcipta Terpelihara © 2018 Majlis Profesor Negara