image

Ilmuwan Bersama Masyarakat

Ilmuwan Bersama Masyarakat

2016 : Terengganu

Program Ilmuwan Prihatin Rakyat telah diadakan di Terengganu pada 26-28 Mac 2016. Ia merupakan kolaborasi antara tiga entiti, iaitu Majlis Profesor Negara (MPN), Kerajaan Negeri Terengganu, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Kerjasama ini bertujuan untuk memaksimumkan perkhidmatan kesihatan, pendidikan, pertanian dan pembangunan sosial kepada penduduk setempat.

Tiga kawasan berbeza telah dipilh untuk program in bagi melihat dan mengkaji mengenai pembangunan sosioekonomi dan budaya masyarakat di sekitar negeri Terengganu, iaitu Kampung Bukit Wan, Kuala Nerus; Kampung Pasir Akar, Besut dan Kampung Sungai Berua, Kuala Berang.

Di samping itu, program bersama pelajar sekolah yang mengambil peperiksaan awam seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) serta Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di sekitar daerah Kuala Terengganu turut diadakan di UniSZA dalam membantu dan membimbing pelajar dalam menentukan haluan mereka selepas tamat sekolah. Program ini telah dikendalikan oleh Kluster Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan, MPN serta mendapat kerjasama dan penajaan daripada penerbit buku PNI Neuron (M) Sdn. Bhd.

Program ini merupakan saluran dan medium MPN sebagai pemikir negara untuk menyumbang tenaga dan kepakaran yang ada kepada mereka yang memerlukan khususnya kepada masyarakat setempat. Secara tidak langsung, masyarakat akan memperoleh khidmat daripada pakar dalam bidang berkaitan berkonsepkan "turun padang" secara percuma.

Program Perasmian Penutup telah diadakan pada 27 Mei 2016 yang disempurnakan oleh YB Dato' Wan Nawawi Hj. Wan Ismail, Pegawai Kewangan Negeri Terengganu.

2016 : Sarawak

Program Ilmuwan Prihatin Rakyat telah diadakan di Negeri Sarawak pada 27 hingga 30 Januari 2016. Program ini telah diadakan di lima daerah Sarawak iaitu Kapit, Bunut, Mukah/Dalat, Mulu dan Lindu. Program ini merupakan inisiatif MPN untuk turun padang bagi berkongsi maklumat berkaitan dengan kesihatan, teknologi maklumat, pertanian, pendidikan dan pambangunan sosial kepada masyarakat di kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk tinggi.

Program bermula dengan mengadakan aktiviti berbentuk advokasi yang merupakan platform kepada masyarakat bagi menyampaikan maklumat dan idea mengenai permasalahan berdasarkan isu semsa yang sedang berlaku dalam masyarakat setempat. Program advokasi ilmuwan ini merupakan siri ke 9 dan diadakan di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) sebagai tuan rumah dengan mengupas isu "Sudah Sejahterakah Masyarakat Sarawak?"

Selain itu, program penerangan mengenai kepentingan dan objektif pelaksanaan Trans Pacific Partnership (TPPA) oleh Prof. Dr. Jamal Othman, iaitu Timbalan Ketua Kluster Ekonomi dan Pengurusan, MPN telah diadakan dan mendapat sambutan yang baik daripada warga akademik UNIMAS, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kuching dan Politeknik Cawangan Sarawak.

Program Ilmuwan pada hari berikutnya merupakan kolaborasi antara tiga entiti, iaitu MPN, Kerajaan Negeri Sarawak dan UNIMAS. Kerjasama ini bertujuan untuk memaksimumkan perkhidmatan kesihatan, pertanian dan pembangunan sosial kepada penduduk setempat dalam mendapatkan khidmat nasihat pakar dalam bidang berkaitan bagi menangani sebarang masalah yang dialami oleh masyarakat setempat.

Majlis perasmian program telah diadakan pada 29 Januari 2016 di Kampung Kaman Krokong Bau, Kuching Sarawak oleh YB Datuk Dr. Herip Ak Susil, Menteri Muda Kesihatan Awam Sarawak. Manakala majlis penutup telah diadakan pada 30 Januari 2016 di Kampung Bunuk, Kuching Sarawak oleh YB Dato' Sri Michael Manyin Anak Jawong.

2017 : Sabah
2018 : Terengganu
2018 : Kelantan
2018 : Johor
2018 : Sabah
Galeri
             

Dasar Privasi Laman | Hubungi MPN
Hakcipta Terpelihara © 2018 Majlis Profesor Negara