Bengkel Unified Examination Certification (UEC)

Majlis Profesor Negara telah dijemput untuk menyertai Bengkel Unified Examination Certification (UEC) bersama Pasukan Petugas Dasar (PPDUEC) bersama-sama beberapa agensi kerajaan & institut pengajian tinggi bagi membincangkan keadaan sebenar penerimaan UEC dalam sistem pendiidkan negara, berkongsi pandangan menguruskan pelajar-pelajar yang mengambil UEC dalam kemasukan mereka ke institut pengajian tinggi awam dan swasta dan memberi pandangan kesan terhadap sistem pendidikan negara jika UEC diiktiraf oleh kerajaan.

MPN yang diwakili oleh YBhg. Prof Datuk Dr. Raduan Che Rose bersama-sama Prof. Dr. Kamaruddin M. Said & Prof. Dato Dr. Teo Kok Seong telah berkongsi dan menyuarakan keadaan sebenar pengiktirafan UEC dalam sistem pengajian tinggi awam di Malaysia. Kumpulan IPTS dari Segi Kolej & KDU Kolej juga menyuarakan pandangan masing-masing terhadap kualiti pelajar UEC dan pengambilan pelajar UEC dalam kemasukan pelajar ke IPTS. Pengerusi mesyuarat, En. Mohamad Raimi bin Ab Rahim telah mendengar dan bersoal jawab dengan kedua-dua belah bagi segala isu berkaitan UEC dalam sistem pendidikan negara.

MPN juga turut menawarkan khidmat nasihat dengan membawa pakar-pakar pendidikan Malaysia dalam mencorak garis panduan pengiktirafan UEC dalam sistem pendidikan negara agar sistem pendidikan Malaysia lebih cemerlang.

01.jpg

02.jpg

03.jpg

Posted in Perbincangan Strategik, Utama on Jul 12, 2019




MPN @ MEDIA SOSIAL

Galeri
             

Dasar Privasi Laman | Hubungi MPN
Hakcipta Terpelihara © 2018 Majlis Profesor Negara