• image

    Selamat Menyambut

    Hari Kebangsaan 2018

  • image

    Salam Aidil Adha

    1439H / 2018

  • image

    Laman Web Majlis Profesor Negara

    Kini berwajah baru!

Menjelang PRK Sungai Besar & Kuala Kangsar

Malaysia dikejutkan dengan pemergian Allahyarhamah Tan Sri Noriah Kasnon, Ahli Parlimen Sungai Besar dan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad yang terkorban dalam tragedi helikopter terhempas semasa kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak. Kehilangan kedua-dua pemimpin Barisan Nasional (BN) tersebut telah menyebabkan dua buah Pilihan Raya Kecil (PRK) terpaksa diadakan bagi mengisi kekosongan wakil rakyat di kedua-dua kawasan Parlimen.

Menjelang PRK di kedua-dua kawasan berkenaan, program Dialog Pemikir Negara menampilkan golongan ilmuwan politik bagi mengupas perjalanan pilihan raya tersebut dengan lebih mendalam dan melibatkan pihak yang berada di pihak neutral untuk berkongsi pengetahuan dengan rakyat.

Para panel membincangkan kekuatan yang dimiliki oleh calon BN di Sungai Besar, Budiman Mohd. Zuhdi dan calon BN di Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd. Yazid yang akan ditentang oleh calon-calon parti pembangkang untuk merebut kawasan Parlimen berkenaan. Strategi pihak BN dan pakatan pembangkang telah dibincangkan dalam diskusi selama sejam ini bagi memenuhi perkongsian kepakaran dengan penonton.

Selain itu, turut dibincangkan dalam program ini adalah mengenai manifesto PRK yang diberikan oleh kedua-dua pihak kepada rakyat bagi meraih undi untuk calon masing-masing. Kemampuan kedua-dua calon untuk melaksanakan janji yang telah diberikan turut disentuh oleh para panel dan apakah pertimbangan yang akan dibuat oleh para pengundi di kedua-dua kawasan berkenaan juga menjadi perhatian panel program.

Posted in Dialog 2016, Dialog Pemikir Negara, Isu Strategik Negara on Jun 08, 2016




MPN @ MEDIA SOSIAL

Galeri
             

Dasar Privasi Laman | Hubungi MPN
Hakcipta Terpelihara © 2018 Majlis Profesor Negara