• image

    Selamat Menyambut

    Hari Kebangsaan 2018

  • image

    Salam Aidil Adha

    1439H / 2018

  • image

    Laman Web Majlis Profesor Negara

    Kini berwajah baru!

Pasca SPM Memupuk Insan Membangunkan Negara
Tarikh Rakaman : 23 Mac 2017
Tarikh Siaran : 26 Mac 2017
Panelis :
  1. Prof. Dr. Aida Suraya Md. Yunus
  2. Prof. Dato' Dr. Abu Bakar Abdul Majeed

Melahirkan modal insan yang cemerlang dalam pendidikan sememangnya penting kepada pembangunan negara. Minda masyarakat hari ini yang sering mengukur kecemerlangan berdasarkan keputusan peperiksaan perlu diubah supaya orientasi pembelajaran bukan sahaja untuk mendapatkan pekerjaan malah, untuk menjadi seorang yang terpelajar. Dengan itu, mudah bagi mereka untuk mengadaptasikan diri dalam cabaran ekonomi dan apa jua profesion yang diceburi. Pendedahan awal kepada pelajar mengenai skop kerja dan cabaran kerja membolehkan pelajar membuat persediaan awal dan lebih mudah menyesuaikan diri dengan keperluan industri.

Walau bagaimanapun, dalam bidang perubatan misalnya, kos untuk melatih dan melahirkan seorang doktor adalah agak tinggi berbanding untuk melahirkan pakar dalam bidang yang lain. Kaedah pemilihan pelajar juga melibatkan pelbagai saringan dengan mengambil kira nisbah pensyarah dengan pelajar dan infrastruktur. Pengurangan dana kerajaan kepada universiti juga sedikit sebanyak telah menjadi bebanan baharu kepada pensyarah dan mengalihkan tumpuan pensyarah daripada tugas hakiki seperti mengajar, menjalankan penyelidikan dan rundingan, membuat penerbitan dan sebagainya.

Selain itu, antara cabaran untuk melahirkan modal insan juga adalah persaingan antara sektor awam dengan sektor swasta. Jelas bahawa institusi pengajian awam lebih berkredibiliti untuk melahirkan pakar-pakar dalam bidang tertentu. Namun, atas faktor tawaran pulangan yang lebih lumayan oleh sektor swasta menyebabkan pakar-pakar ini beralih arah. Hal ini akan menjadi kekangan kepada universiti awam disebabkan oleh nisbah pensyarah dengan pelajar yang semakin besar. Perlu ada mekanisme yang holistik untuk menyeimbangkan hal ini agar modal insan yang berkualiti dapat terus dilahirkan dan menyumbang kepada pembangunan negara.

Posted in Dialog 2017, Dialog Pemikir Negara, Isu Strategik Negara on Mar 27, 2017




MPN @ MEDIA SOSIAL

Galeri
             

Dasar Privasi Laman | Hubungi MPN
Hakcipta Terpelihara © 2018 Majlis Profesor Negara