Perjumpaan MPN bersama Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB)

Satu pertemuan buat kali pertama telah diadakan pada 12 Jun 2019 antara MPN dan PSMB bagi membincangkan potensi latihan pembangunan kemahiran dan berkongsi isu TVET dan pengangguran graduan di Malaysia. Pertemuan yang dipengerusikan oleh En. Lim Kah Cheng, Ketua Pegawai Operasi PSMB berkongsi pandangan dari sudut pihak industri yang memerlukan pekerja berkemahiran yang boleh disuai padan dengan kehendak semasa. Majlis Profesor Negara pula diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Prof. Datuk Dr. Raduan Che Rose berkongsi isu-isu TVET, potensi latihan pembangunan kemahiran kepada B40 dan masalah pengangguran terutamanya underemployed graduate.

Pertemuan itu turut dihadiri oleh Timbalan Pengerusi MPN, Prof. Dr. Kamaruddin M. Said, Timbalan Pengerusi Gerakan TVET, Datuk Ahmad Tajudin Jab dan Dr. Muhammad Asri Ali bertempat di Wisma PSMB, Jalan Beringin.

01.jpg


03.jpg

02.jpg

Posted in Kunjungan Hormat, Utama on Jun 13, 2019




MPN @ MEDIA SOSIAL

Galeri
             

Dasar Privasi Laman | Hubungi MPN
Hakcipta Terpelihara © 2018 Majlis Profesor Negara