• image

    Laman Web Majlis Profesor Negara

    Kini berwajah baru!

  • image

    Selamat Menyambut Nuzul Quran

    17 Ramadan 1439H

  • image

    Selamat Menyambut

    Pesta Ka'amatan dan Hari Gawai

  • image

    Selamat Menyambut

    Hari Wesak

Program Profesor Bersama Masyarakat (PPBM) 2018: Sabah

Majlis Profesor Negara meneruskan jelajah Program Profesor Bersama Masyarakat ke destinasi seterusnya ke Negeri Sabah dari 25 – 26 April 2018. . Tujuan program ini diadakan ialah untuk meneruskan amalan MPN menemukan para ilmuwan kepada masyarakat di seluruh negara di samping mendengar visi dan misi pemimpin tempatan berkaitan dengan pembangunan sosio-ekonomi setempat.

Antara pengisian di dalam program di Negeri di Bawah Bayu itu, termasuklah Dialog Kesejahteraan Rakyat yang berlangsung di Dewan Masyarakat Tun Said Keruak. Dialog yang bertajuk “Pendidikan Generasi Muda dan Masa Hadapan Sabah” telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Panglima Dr. Mohd. Salleh Keruak, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Selain Kota Belud, PPBM 2018 : Sabah juga telah berlangsung di Dewan Tun Mustapha, Kudat dengan pengisian Dialog Pembangunan Sabah yang dihadiri oleh guru besar, pengetua, penjawat awam serta ketua kampung dan ahli JKKK Kawasan berdekatan pada hari kedua. Di samping itu, aktviti Ilmuwan Bersama Masyarakat diteruskan juga dengan aktiviti di Rumah Panjang Rungus, Kampung Bavanggazo di mana Program Saringan Kesihatan dan Ceramah Pendidikan dilangsungkan bagi masyarakat setempat.

01.jpg

05.jpg

02.jpg

04.jpg

Posted in Profesor Bersama Masyarakat, Utama on Apr 26, 2018




MPN @ MEDIA SOSIAL

Galeri
             

Dasar Privasi Laman | Hubungi MPN
Hakcipta Terpelihara © 2018 Majlis Profesor Negara