×

Notis

Please enter your DISQUS subdomain in order to use the 'DISQUS Comments for Joomla!' plugin. If you don't have a DISQUS account, register for one here

Pilihan Bahasa

Objektif

Secara umum, cadangan penubuhan Majlis Profesor Negara ini adalah bagi tujuan untuk mengumpul dan memudahkan pihak kerajaan menggembeling kepakaran akademik dan profesional para profesor, secara kolektif, bagi tujuan membantu program pembangunan dan kemajuan bangsa dan negara.

Secara khususnya, Majlis Profesor Negara ini akan berfungsi bagi memenuhi tujuan-tujuan khusus seperti berikut:

  • untuk menyumbang input kepakaran dari segi akademik dan profesional, dalam pelbagai bidang, untuk kegunaan advokasi awam (public advocacy) khususnya dalam memperkukuh asas penggubalan dasar negara serta pelaksanaan program yang dirancang.
  • untuk memberi sumbangan dalam bentuk khidmat nasihat dan pemikiran baru lagi terkini guna untuk meningkatkan daya saing negara dalam pelbagai bidang di peringkat nasional dan antarabangsa.
  • untuk menjadi custodian, atau pemegang amanah, keunggulan dan integriti ilmiah serta profesional para profesor dalam negara.
  • untuk memberi peluang kepada kumpulan elit keilmuan ini memberi sumbangan kepakaran masing-masing sebagai balasan kepada segala kemudahan, bantuan serta nikmat kesejahteraan yang mereka nikmati selama ini.

 

Pautan Luar

jata     moe     mosti     nre     kementerian-kewangan-malaysia      might1      asm      

Terus berhubung di


Log in