image

Semarak Kasih

Program Semarak Kasih

Pengenalan Program Semarak Kasih

Program Iftar Semarak Kasih Majlis Profesor Negara bersama-sama Anak Yatim merupakan program signature MPN yang diadakan pada setiap tahun bagi meraikan anak-anak yatim di sekitar Lembah Klang.

Program ini bertujuan untuk menyediakan platform kepada para profesor bagi memenuhi tanggungjawab sosial serta mengeratkan hubungan dan ikatan kekeluargaan serta mampu mewujudkan persekitaraan harmoni.

Beberapa kluster telah bersama-sama memberikan sumbangan masing-masing bagi menjayakan lagi program ini. Antaranya Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam, Kluster Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan serta Kluster Perubatan dan Sains Kesihatan. Kluster Perubatan dan Sains Kesihatan merupakan kluster yang telah banyak memberikan sumbangan dengan mengadakan perkhidmatan saringan dan ceramah kesihatan kepada anak yatim ini. Sebagai salah satu kluster yang memainkan peranan yang penting untuk menjayakan program iftar ini, Kluster Perubatan juga telah menghantar sekumpulan sukarelawan untuk bersama-sama membantu menjayakan program tersebut.

Galeri
             

Dasar Privasi Laman | Hubungi MPN
Hakcipta Terpelihara © 2018 Majlis Profesor Negara