KUALA LUMPUR, 18 November – Mengambil kira keadaan semasa yang berlaku di Palestin, satu diskusi meja bulat telah diadakan di bangunan Canseleri, Universiti Malaya petang tadi.
Menurut Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara, Prof Emeritus Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak, Malaysia perlu terus melaksanakan langkah yang drastik dan berkesan, bagi memastikan perjuangan rakyat Palestin terbela
Beliau berkata, antara langkah yang perlu dipertimbangkan kerajaan ialah, melantik seorang duta khas, seperti mana pernah dibuat ketika menguruskan soal Rohingya dahulu.
Mustafa yang juga Pengerusi Sekretariat Save Gaza Free Al-Aqsa berkata, biarpun Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim begitu aktif dan agresif menyuarakan pandangan terhadap kekejaman Israel di pentas dunia, namun ia seperti tidak mencukupi.