,

UTeM tawar Diploma Pengurusan Teknologi dan E-Dagang

Wednesday, 6 December 2023

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menjalinkan kerjasama perkongsian kepakaran dalam Program Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dengan Heilongjiang Agricultural Economics Vocational College (HAEVC), China.

Kerjasama itu yang dimeterai dalam memorandum perjanjian akademik baru-baru ini, bakal menawarkan secara bersama program Diploma Pengurusan Teknologi dan E-Dagang.

Dalam majlis yang dibuat secara dalam talian, UTeM diwakili Naib Canselor, Prof Datuk Dr Massila Kamalrudin, manakala HAEVC diwakili Profesor Yan Haimin.

Sumber: Berita Harian

Anda Mungkin Berminat