Kunjungan Hormat Presiden MPN kepada T.Y.T. Di-Pertua Negeri Melaka

Wednesday, 10 January 2024

Presiden Majlis Profesor Negara, Prof. Emeritus Datuk Dr. Raduan Che Rose bersama Sekretariat MPN hari ini telah melakukan kunjungan hormat ke atas Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Melaka Di Pejabatnya di Negeri Melaka, Jalan Seri Negeri, Melaka Bandaraya Bersejarah di sini pagi ini.

Turut hadir Lembaga Pengarah Pengerusi UiTM dan Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Rasdi Zaini, Rektor UiTM Cawangan Melaka, Dr. Mohd Halim Mahphoth, Penolong Rektor UiTM Kampus Bandaraya dan Encik Ahmad Khairuman Md Hasim, Penolong Rektor UiTM Kampus Jasin.

MPN sentiasa beriltizam dan berusaha untuk memberikan sumbangan kepakaran akademik para ahlinya dalam setiap bidang melalui saluran dan tatacara yang ditetapkan selaras dengan statusnya sebagai Pemikir Negara dan menepati slogan “MAJLIS PROFESOR NEGARA sentiasa bersedia BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”.

Anda Mungkin Berminat