Perkongsian Silang Budaya Universiti Jana Penyebaran Ilmu

Thursday, 11 January 2024

DALAM landskap pendidikan global sentiasa berkembang, ranking antarabangsa seperti Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings menjadi salah satu penanda aras membentuk strategi nasional dan mempengaruhi keputusan membuat dasar berkaitan pendidikan tinggi negara.

Malaysia, seperti kebanyakan negara lain, terus terbuai dalam ombak ranking ini, dalam usaha sektor pengajian tingginya mengemudi interaksi kompleks antara aspirasi, realiti dan keinginan untuk pengiktirafan antarabangsa.

Selama bertahun-tahun, persaingan untuk kedudukan universiti sedunia sering dikritik kerana mencetuskan persaingan dan beradu antara institusi pengajian tinggi (IPT).

Namun, mengetepikan ranking sebulat-bulatnya mungkin keterlaluan jika diabaikan juga sumbangan positif ranking dalam menentukan kualiti pendidikan global.

Selain itu, ranking sering mempertimbangkan faktor tambahan di luar hasil penyelidikan, seperti kepuasan pelajar dan hasil kebolehpasaran graduan.

Faktor ini secara tidak langsung mencerminkan kualiti pengajaran dan pembabitan komuniti, memberikan pandangan berharga mengenai fungsi holistik sesebuah IPT.

Ranking sebenarnya boleh memberi insentif kepada universiti untuk menangani keperluan dan keutamaan tempatan dengan menggalakkan program dan inisiatif inovatif menarik pelajar dan menyumbang secara positif kepada masyarakat.

QS World University Rankings mungkin secara tidak langsung memupuk sesuatu yang lebih tidak dijangkakan iaitu ‘hubungan persahabatan’. Secara tradisinya, penarafan dilihat sebagai pembakar persaingan, IPT beradu antara satu sama lain dalam usaha mengejar penarafan lebih tinggi.

Akan tetapi metodologi QS, sangat bergantung kepada pendapat golongan ahli akademik. Dengan menjemput ahli akademik untuk menilai rakan kerja mereka di seluruh dunia, QS mendorong ahli akademik membabitkan diri dengan institusi yang mungkin mereka tidak temui, memupuk dialog dan saling menghormati.

Berita penuh klik di sini.

Sumber: Berita Harian

Anda Mungkin Berminat