Penggunaan teknologi terkini akan mengubah norma pengurusan dan perkhidmatan konvensional kepada norma yang lebih terurus dan bersistematik. Ini menandakan perubahan besar dalam cara sektor penjawat awam menjalankan tanggungjawabnya.
Menurut Profesor Dr. Rusli Abdullah Pensyarah Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Putra Malaysia, walaupun teknologi terkini membawa kebaikan, terdapat isu infrastruktur dan peningkatan pengetahuan penjawat awam (upskilling) yang perlu diatasi. Keselamatan data dan etika penggunaan sistem juga merupakan keutamaan untuk meningkatkan kepercayaan pengguna.
Dengan menggabungkan teknologi terkini dalam operasi harian, sektor penjawat awam bersiap sedia untuk menghadapi cabaran masa depan. Transformasi digital bukan sekadar keperluan, tetapi satu inovasi untuk membawa perkhidmatan kepada rakyat dengan lebih efektif dan berkesan.