Intellectual Enforces Chamber RMP Selangor

Wednesday, 24 January 2024

SHAH ALAM, 24 Januari – Presiden Majlis Profesor Negara dan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Emeritus Datuk Dr. Raduan Che Rose telah dijemput sebagai penceramah bagi Program Intellectual Enforces Chamber Police Selangor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor pagi tadi.

Datuk Raduan telah mengangkat forum bertajuk “Transformational Leadership Toward RMP Empowerment” bagi memperkasa nilai profesionalisma, intelek dan membangunkan semangat kepimpinan secara inklusif kepada semua pucuk kepimpinan, pegawai dan kakitangan sokongan.

Turut hadir sama, Ketua Polis Selangor, YDH CP Dato’ Hussein Omar Khan dan semua Ketua Jabatan serta dihadiri oleh semua pegawai kanan PDRM seluruh negeri Selangor berjumlah lebih 120 orang termasuk semua Pengarah, Ketua Polis Daerah, dll.

MPN sentiasa beriltizam dan berusaha untuk memberikan sumbangan kepakaran akademik para ahlinya dalam setiap bidang melalui saluran dan tatacara yang ditetapkan selaras dengan statusnya sebagai Pemikir Negara dan menepati slogan “MAJLIS PROFESOR NEGARA sentiasa bersedia BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”.

Anda Mungkin Berminat