MPN Terima Kunjungan Hormat Majlis Profesor UTM

Monday, 5 February 2024

KAJANG, 5 Februari – Majlis Profesor Negara (MPN) hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada Majlis Profesor UTM bagi membincangkan kerjasama strategik dua hala serta mengeratkan lagi hubungan baik antara dua agensi.

Delegasi di sambut oleh Presiden Majlis Profesor Negara, Prof. Datuk. Dr. Raduan Che Rose serta Sekretariat Majlis Profesor Negara.

Kunjungan dihadiri oleh Pengerusi MPUTM, YBrs. Prof. Sr. Gs. Dr. Mazlan Hashim bersama barisan exco lantikan bagi 2024-2025.

MPN sentiasa beriltizam dan berusaha untuk memberikan sumbangan kepakaran akademik para ahlinya dalam setiap bidang melalui saluran dan tatacara yang ditetapkan selaras dengan statusnya sebagai Pemikir Negara dan menepati slogan “MAJLIS PROFESOR NEGARA sentiasa bersedia BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”.

Anda Mungkin Berminat