,

Pertemuan MPN Bersama KPT

Friday, 9 February 2024

PUTRAJAYA, 9 Februari – Delegasi Majlis Profesor Negara telah mengadakan pertemuan khas bersama Yang Berhormat Senator Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry, Menteri Pendidikan Tinggi bagi berkongsi aspirasi kelompok ilmuan dan akademik negara terhadap segala agenda yang dilaksanakan disamping mendapatkan mandat dari YB Menteri khususnya atas potensi Majlis Profesor Negara untuk turut menyumbang di dalam bidang kepakaran masing-masing.

Turut hadir bersama, Ketua Pegawai Operasi Majlis Profesor Negara, Prof. Ir. Ts. Dr. Md Yusoff Taib, barisan Felo, Ketua Kluster dan Ketua Chapter Majlis Profesor Negara.

MPN sentiasa beriltizam dan berusaha untuk memberikan sumbangan kepakaran akademik para ahlinya dalam setiap bidang melalui saluran dan tatacara yang ditetapkan selaras dengan statusnya sebagai Pemikir Negara dan menepati slogan “MAJLIS PROFESOR NEGARA sentiasa bersedia BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”.

Anda Mungkin Berminat