Bengkel Penyelarasan Penulisan Kumpulan Pendidikan Masa Hadapan bagi Sub- tema Kongres Profesor Negara ke-III

Monday, 19 February 2024

Bengkel Penyelarasan Penulisan Kumpulan Pendidikan Masa Hadapan bagi Sub- tema Kongres Profesor Negara ke-III (KPN-3) telah diadakan dan diketuai oleh Prof. Dato’ Ts Dr. Norizah @ Norazah binti Mohd Nordin, Ketua Bidang Pendidikan Masa Hadapan merangkap Ketua Kluster Pendidikan & Pembangunan Modal Insan, Majlis Profesor Negara.

Bengkel yang dihadiri oleh cendekiawan negara, pakar-pakar pendidikan negara, para pemikir dan pakar-pakar industri untuk Sub- Tema bagi Bidang Pendidikan Masa Hadapan terbagi kepada 6 tema.

Antaranya ialah Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Pendidikan STEM, Keciciran Pelajar Sekolah, Kurikulum, TVET dan Transformasi Digital dalam Pendidikan.

Kesemua yang hadir telah memberi pandangan dan buah fikiran yang holistik terhadap pembangunan pendidikan negara dan menyumbang kepada perbincangan mengenai arah pendidikan masa hadapan khususnya sumbangan para pemikir yang bermatlamat untuk memberikan cadangan kepada Kerajaan tentang hala tuju dan memperkukuhkan lagi negara Malaysia dalam pelbagai bidang.

Anda Mungkin Berminat