Hala Tuju
Menggembleng tenaga kepakaran ahli akademik bagi menyokong pelaksanaan Dasar Transformasi Negara untuk merealisasikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030. Mempertingkatkan penglibatan ahli akademik dalam proses pembentukan dasar dan strategi bagi menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi. Mempergiatkan aktiviti penyelidikan dan penerbitan di kalangan ahli akademik untuk mendalami isu-isu strategik berkaitan Dasar Transformasi Negara.
Mewujudkan siri perbincangan intelektual dan mempertingkatkan kefahaman ke atas isu-isu berkaitan transformasi negara dengan menganjurkan siri wacana, forum dan persidangan bagi menyumbang kepakaran dalam menangani ehwal semasa dan menjadi advokasi awam ke arah merancakkan pertumbuhan ekonomi secara lestari dan mempertingkat kesejahteraan kehidupan.
