Hala Tuju

Kluster menjadi rakan strategik kepada kementerian, agensi dan khalayak masyarakat dalam memberi pandangan terhadap sesuatu perancangan yang dibuat atau masalah yang dihadapi. Menggerakkan profesor dalam pelbagai bidang kepakaran bekerjasama dalam menjayakan sesuatu program. Meningkatkan kepercayaan masyarakat terhadap pakar tempatan supaya kebergantungan kepada perunding luar dapat dikurangkan. Mewujudkan direktori kepakaran berdasarkan bidang tumpuan untuk meningkatkan kerjasama dengan pihak luar (kementerian dan masyarakat). Menjadikan Kluster sebagai sumber rujukan kejuruteraan dan teknologi. Lanjutan pendekatan Program Profesor Turun Padang kepada kementerian, jabatan dan agensi berkaitan.