Hala Tuju
Kluster Pembangunan Sosial dan Perpaduan Nasional mensasarkan usaha yang melestarikan pembangunan komuniti dan bertindak sebagai wadah advokasi sosial yang akan membantu menjayakan agenda pembangunan negara. Kluster ini berusaha gigih ke arah penambahbaikan yang signifikan untuk mengurangkan kadar jenayah dan rasuah, meningkatkan tahap pendidikan yang berkualiti, membangunkan infrastruktur luar bandar, menambahbaik sistem pengangkutan bandar serta meningkatkan pendapatan isi rumah. Justeru, agenda utama kluster ini ialah untuk memperkasakan modal insan melalui pembentukan jati diri yang kuat, sejahtera dan maju ke hadapan.