Hala Tuju

Model kelestarian untuk pembangunan negara merangkumi pendekatan mengintegrasi tiga aspek utama pembangunan iaitu : kesihatan alam sekitar, kesejahteraan masyarakat dan kekayaan negara. Di dalam merealisasikan model ini, isu-isu pembangunan dilihat daripada tiga perspektif iaitu: Perkhidmatan Alam Sekitar; Jatidiri Kebangsaan dan Inovasi dan Daya Saing. Model kelestarian untuk pembangunan negara ini akan memberi tumpuan kepada isu-isu bersifat integrasi, holistik dan rentas sektor bagi mencapai hasrat “kelestarian masyarakat” dalam erti kata sebenar.