Pada tahun 2015, Majlis Profesor Negara telah membuat keputusan menubuhkan Majlis Profesor Universiti atau
Chapter Universiti MPN di kesemua 20 buah universiti awam di Malaysia. Chapter Universiti MPN diwujudkan
berdasarkan taburan afiliasi para profesor yang berkhidmat dengan universiti awam. Penubuhan Chapter
Universiti MPN membolehkan tenaga dan kepakaran para profesor di peringkat universiti digembleng di institusi
berkenaan di bawah kepimpinan seorang Ketua Chapter/ Pengerusi. Pendeknya, Chapter Universiti MPN ini ialah
majlis profesor di peringkat universiti yang berkhidmat untuk Majlis Profesor Negara. Gandingan diharap akan
melonjakkan lagi sumbangan MPN kepada masyarakat dan negara Malaysia.