
PENGENALAN
ajlis Profesor Negara (MPN) adalah sebuah organisasi unggul yang telah ditubuhkan oleh Kerajaan Khusus bagi menggerakkan kepakaran tenaga akademik berpengalaman untuk membantu usaha Kerajaan dalam agenda pembangunan Negara dan memberi kesejahteraan kepada masyarakat. Idea penubuhan MPN ini diilhamkan oleh Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin Menteri Kementerian Pengajian Tinggi bertujuan untuk menggembleng tenaga kepakaran akademik tertinggi Negara dalam pelbagai bidang yang terhasil daripada penyelidikan dan pengalaman digunakan secara strategik melampaui dari fungsi asas akademik di peringkat Universiti.

3 Februari 2010
Majlis Profesor Negara telah diluluskan Kabinet
Majlis Profesor Negara (MPN) adalah sebuah organisasi yang ditubuhkan bagi menggerakkan kepakaran tenaga akademik bagi membantu usaha kerajaan untuk membangunkan Negara dan memberi kesejahteraan kepada masyarakat.
Idea asal penubuhannya datang dari aspirasi Menteri Pengajian Tinggi yang ingin melihat tenaga kepakaran akademik tertinggi dalam pelbagai bidang yang terhasil dari kerja penyelidikan dan pengalaman digunakan secara strategik melampaui dari fungsi asas pensyarah di Universiti masing-masing.
1 April 2010
Dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak.
Semasa awal penubuhannya itu, keahlian MPN adalah terhad kepada para profesor yang berkhidmat di Universiti Awam yang jumlahnya seramai 1426 orang. Model pembentukan MPN yang mengumpulkan semua profesor dalam Negara yang terdiri dari pelbagai latar belakang dan kepakaran di bawah suatu organisasi merupakan sesuatu yang unik dan pertama dilakukan oleh mana-mana Negara di dunia kerana kebiasaannya majlis sedemikian ditubuhkan berasaskan kepada bidang kepakaran (model UK) atau mengikut wilayah (Australia).
Sementara itu bagi menentukan ianya boleh bergerak dengan efektif, MPN distrukturkan melalui 14 buah Kluster berdasarkan bidang kepakaran.


1 April 2010
MPN sebagai sebuah Program Khas diletakkan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
Sepanjang hampir 4 tahun beroperasi di bawah naungan KPT, MPN telah menangani isu yang timbul serta membantu menawarkan kepakaran kepada pelbagai pihak termasuk kementerian, agensi Pelaksana, kerajaan negeri, industri serta pelbagai pihak lain. Namun demikian kerana sifat dan kedudukannya yang bernaung di bawah KPT, tanggapan umum masih berpandangan bahawa MPN adalah sebuah badan eksklusif yang menangani isu pendidikan sahaja. Setelah perkara ini diperhalusi, pihak kerajaan khasnya melalui perbincangan dengan YAB Perdana Menteri akhirnya bersetuju agar MPN dijadikan sebagai organisasi pusat dan diletakkan di bawah naungan Jabatan Perdana Menteri mulai 21 Mac 2014.
21 Mac 2014
MPN diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM)Sepanjang hampir 4 tahun beroperasi di bawah naungan KPT, MPN telah menangani isu yang timbul serta membantu menawarkan kepakaran kepada pelbagai pihak termasuk kementerian, agensi Pelaksana, kerajaan negeri, industri serta pelbagai pihak lain. Namun demikian kerana sifat dan kedudukannya yang bernaung di bawah KPT, tanggapan umum masih berpandangan bahawa MPN adalah sebuah badan eksklusif yang menangani isu pendidikan sahaja. Setelah perkara ini diperhalusi, pihak kerajaan khasnya melalui perbincangan dengan YAB Perdana Menteri akhirnya bersetuju agar MPN dijadikan sebagai organisasi pusat dan diletakkan di bawah naungan Jabatan Perdana Menteri mulai 21 Mac 2014.


16 Disember 2014
Diperbadankan dibawah Akta Syarikat 1965 sebagai sebuah Syarikat Berhad Menurut Jaminan
Sesuai dengan sifatnya pula, ia memberi ruang bagi MPN untuk muncul beroperasi sebagai sebuah entiti bebas, berautonomi serta membolehkannya bergerak secara merentasi sempadan pelbagai kementerian dalam negara. Bagi tujuan itu juga maka MPN telah didaftarkan sebagai sebuah Syarikat Berhad Menurut Jaminan (Company Limited by Guarantee) di bawah Akta Syarikat 1965 dengan mempunyai perlembagaannya sendiri serta struktur dan governan yang diketuai oleh Lembaga Pemegang Amanah, EXCO. Secara keseluruhannya operasi MPN digerakkan oleh sebuah sekretariat tetap yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif/ Presiden mulai 16 Disember 2014.
Jun 2015
Memperkukuhkan kekuatan dan strategik
Mengikut perlembagaan asalnya, semua Profesor daripada Universiti Awam yang dilantik mengikut sistem dan Skim Perkhidmatan Akademik Universiti adalah secara automatiknya menjadi ahli MPN. Namun, selaras dengan hasrat untuk memastikan penglibatan yang lebih meluas, keahlian MPN telah diperpanjangkan kepada para Profesor daripada institusi pendidikan tinggi swasta, sementara Profesor Madya pula diterima sebagai ahli bersekutu. Berdasarkan kepada aturan itu, jumlah keahlian MPN sehingga akhir 2021 adalah seramai 1,883 orang Profesor serta hampir 5,023 orang Profesor Madya.


5 September 2016
Pejabat Sekretariat MPN telah berpindah ke Aras 5, Blok C7, Kompleks C, Putrajaya
14 Oktober 2016
20 Pengerusi Chapter Universiti dilantik secara rasmi buat kali pertama
Bagi melicinkan pengurusan kepakaran para profesor di semua peringkat, cabang-cabang MPN (Majlis Profesor Universiti) (Chapters University) juga turut ditubuhkan di setiap 20 Universiti Awam secara rasminya pada 14 Oktober 2016
28 Mei 2018
Dikeluarkan dari Jabatan Perdana Menteri (JPM) oleh Kerajaan yang lalu.Dengan semangat penubuhannya kearah menyumbang dan membantu pembangunan negara maka MPN terus
bergerak secara bersendirian dan menyumbang sebarang pandangan serta fikiran dengan pembiayaan sendiri untuk terus menjadi pemikir negara yang bertanggungjawab.


1 Januari 2019
Bergerak sebagai badan bukan kerajaan
8 November 2021
MPN telah diiktiraf semula sebagai agensi di bawah JPMDengan semangat penubuhannya kearah menyumbang dan membantu pembangunan negara maka MPN terus
bergerak secara bersendirian dan menyumbang sebarang pandangan serta fikiran dengan pembiayaan sendiri untuk terus menjadi pemikir negara yang bertanggungjawab.


Januari 2022
Aktiviti kelestarian MPN melalui program latihan dan perundingan
LOGO
MPN

MAKSUD LOGO
alur-jalur pada logo mewakili tonggak yang melambangi keteguhan dan keberanian MPN dalam menjalankan
tanggungjawab. Tiga jalur emas mewakili tonggak yang melambangi pencetusan ilmu, penyelidikan & pembangunan
serta inovasi. Tiga jalur hitam mewakili tonggak yang melambangi kerajaan, dasar dan masyarakat. Warna putih
yang mengelilingi tonggak melambangi iltizam, keutuhan, kejujuran dan ketelusan dalam menjalankan tanggungjawabnya.
Gabungan tiga jalur hitam dengan tiga jalur emas mewakili tonggak yang melambangi keimbangan
dan saling bekerjasama antara MPN dengan kerajaan.
MPN ialah suatu kolektif sosial yang diwujudkan pertama kali dalam sejarah negara untuk menjadi payung kepada modal insan yang sangat berharga, berkelulusan tinggi dengan nilai tambahan yang luar biasa, iaitu, para profesor.
MPN bertanggungjawab menyumbang idea, menyusun strategi dan mengatur tindakan untuk kebaikan negara dan rakyat berasaskan pengalaman dan ilmu pengetahuannya.

VISI
Pencetus Pemikir Strategik Mendahului Zaman.
MISI
Menggembleng tenaga kepakaran akademik dan saintifik untuk pembangunan negara dan kesejahteraan masyarakat.
FALSAFAH
Ilmu tulen sendiriannya kurang bererti sehingga ianya dimanfaatkan
sebaik mungkin dan telus untuk ketamadunan dan kesejahteraan sejagat.
Objektif
Membantu negara dan masyarakat Malaysia dalam menggembleng kepakaran profesor dan ilmuwan negara bagi tujuan:
- Melaksanakan advokasi sosial
- Memperhalusi isu dan mencadang inisiatif baru serta penggubalan dasar
- Menyelaras pembangunan dan pengembangan penyelidikan strategik negara melalui kerjasama strategik dengan semua pihak
FUNGSI
Dalam usaha untuk mencapai objektif penubuhannya itu, Majlis Profesor Negara akan dari semasa ke semasa melaksanakan fungsi-fungsi berikut:
1. Membantu Kegiatan Pembangunan Ilmiah
Menggalak dan merangsang pembangunan kesarjanaan dan keintelektualan Negara melalui program yang dijalankan dari semasa ke semasa.
- Mengadakan wacana dan juga seminar bagi bertukar pandangan dan pendapat masing-masing
berdasarkan kepada bidang kepakaran di kalangan profesor di peringkat tempatan dan antarabangsa. - Memupuk budaya kesarjanaan dan keintelektualan dalam negara untuk meningkatkan kemajuan
minda rakyat. - Menggalakkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan kesarjanaan dalam dunia akademik.
- Membina jaringan akademik dengan badan-badan luar negara yang mempunyai objektif yang sama.
2. Membantu Penggubalan Dasar
- Menganalisis masalah tertentu negara untuk mengenal pasti risiko dan kaedah penyelesaian yang
bersesuaian, untuk mensyorkan pelbagai alternatif penyelesaian kepada pihak kerajaan. - Sentiasa prihatin terhadap perkembangan dunia akademik yang berkaitan dengan keperluan negara
untuk dibawa kepada perhatian kerajaan. - Bersifat proaktif untuk mengukuh dan meningkat kelestarian setiap penggubalan dan pelaksanaan
dasar negara.
3. Advokasi Sosial
- Menjadi jambatan penghubung antara kalangan akademia negara dengan pihak kerajaan, industri dan
komuniti. - Menjadi saluran objektif penyuaraan kepentingan akar umbi kepada pihak yang berwajib dan pucuk
pimpinan negara berwahanakan penyelidikan. - Memupuk budaya ilmu dan menghormati ilmu di kalangan masyarakat umum untuk memartabatkan
status kesarjanaan.
4. Membantu dan menyelaras pembangunan penyelidikan strategik negara

DARI MEJA
PRESIDEN
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam Hormat daripada Majlis Profesor Negara.
ebagai sebuah badan pemikir yang menggemblengkan kepakaran akademik, Majlis Profesor Negara (MPN) sentiasa komited untuk membantu negara dan Kerajaan bagi merealisasikan aspirasi pembangunan Malaysia yang lestari dan
inklusif dalam berdepan cabaran dunia global yang kian kompetitif seiring dengan peredaran masa.
MPN telah merencanakan pelbagai program dan aktiviti berimpak tinggi yang memberi fokus untuk membantu negara mencapai pembangunan mampan dalam setiap aspek. Setiap program diadakan tertumpu kepada isu strategik dan kritikal yang memerlukan penumpuan secara holistik merentasi pelbagai bidang dengan pendekatan memberikan nilai tambah kepada apa yang dilakukan oleh kement- erian-kementerian dan agensi kerajaan dan swasta.
Antara isu yang menjadi tumpuan MPN untuk dibawa ke pentas perbincangan ialah kesepaduan sosial, perumahan rakyat, kebanjiran pekerja warga asing, pendidikan STEM dan TVET, wakaf pendidikan tinggi, isu kesihatan dan perubatan, penyakit sosial masyarakat, sistem pilihan raya dan demokrasi, transformasi pendidikan, jurang teknologi maklumat, media sosial dan isu keselamatan makanan, dan lain- lain. Setiap isu berkenaan sudah pastinya memerlukan penglibatan serius daripada golongan ilmuwan khususnya untuk mendapatkan pandangan kepakaran mereka berdasarkan penelitian serta hasil kajian masing-masing dalam isu berkenaan.
Berperanan sebagai badan pemikir, MPN sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana agensi dan jabatan kerajaan bagi membolehkan sinergi signifikan dapat dijayakan kerana MPN berupaya merentasi sempadan kementerian dalam memperjuangkan isu strategik negara. Oleh itu, hubungan simbiotik antara golongan ilmuwan dan pihak Kerajaan tidak boleh terputus bagi membolehkan pelbagai sumbangan dapat diberikan dalam membantu Kerajaan menggubal dasar, mengenal pasti risiko dan kaedah penyelesaian. MPN percaya melalui pendekatan kolaboratif, kita dapat membina masa depan negara yang lebih kukuh.
Dengan ini, saya berharap agar laman sesawang MPN dapat dijadikan rujukan agar kita sama-sama dapat membentuk ilmuwan, pemikiran dan modal insan yang sangat berwibawa kini dan akan datang.


AHLI LEMBAGA PENGARAH



PENAUNG
Datuk Seri Anwar Ibrahim
Perdana Menteri Malaysia

PENASIHAT
YB. Datuk Seri Hj.
Mohd. Khaled Nordin
Menteri Pendidikan Tinggi

PENASIHAT
Profesor Emeritus Tan Sri Dr.
Zakri Abdul Hamid
The Malaysian Industry-Government
Group for High Technology (MIGHT)

Profesor Ulung Datuk Dr.
Shamsul Amri Bin Baharuddin
Pengerusi

Profesor Emeritus Dato' Seri Dr.
Mohamed Mustafa Bin Ishak
Timbalan Pengerusi

Profesor Emeritus Datuk Dr.
Raduan Che Rose
Presiden
Ahli Lembaga

Profesor Emeritus Dr.
Kamaruddin M. Said
Timbalan Presiden
Ahli Lembaga

Profesor Emeritus Tan Sri Datuk Dr.
Anuwar Bin Md Ali
Ahli Lembaga

Profesor Tan Sri Dato’ Seri Dr.
Noor Azlan Ghazali
Ahli Lembaga

Profesor Emeritus Dato’ Dr.
Teo Kok Seong
Ahli Lembaga

Profesor
Sivamurugan Pandian
Ahli Lembaga

Profesor Datuk Dr.
Shamrahayu Binti Ab Aziz
Ahli Lembaga

Profesor Dato’ Dr.
Halimah Badioze Zaman
Ahli Lembaga
Sekretariat Majlis Profesor Negara
DIREKTORI SEKRETARIAT
MAJLIS PROFESOR NEGARA
NO. 10 (LOT 79), LORONG CINTA ALAM B, COUNTRY HEIGHTS,
43000 KAJANG, SELANGOR, MALAYSIA
No. Tel: +603 8740 1217 No. Faks: +603 8740 6420
- Pejabat Presiden
- Sekretariat
- khidmat profesional
Jawatankuasa Penyelarasan Kluster
Jawatankuasa Penyelarasan Kluster dibentuk bagi membincangkan isu-isu semasa negara dan hala tuju MPN dalam membantu pembangunan negara. Mesyuarat CCC akan bersidang sebanyak empat (4) kali setahun dan diselaraskan oleh Sekretariat MPN.
Jawatankuasa Penyelarasan Kluster (CCC) terdiri daripada individu-individu berikut:
- Pengerusi MPN berperanan sebagai Pengerusi CCC;
- Timbalan Pengerusi MPN;
- Setiausaha Agung MPN;
- Timbalan Setiausaha Agung MPN;
- Semua Ketua Kluster; dan
- Presiden MPN
Ketua Pegawai Operasi (COO) MPN bertindak sebagai Setiausaha Kerja. Pengerusi MPN akan memainkan peranan sebagai pengerusi bagi semua mesyuarat CCC. Sekiranya beliau tidak hadir, beliau akan melantik mana-mana ahli CCC untuk mempengerusikan mesyuarat CCC berkenaan.
Kluster berkenaan adalah seperti berikut:-
- Kluster Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan
- Kluster Ekonomi dan Pengurusan
- Kluster Hal Ehwal Antarabangsa
- Kluster Warisan dan Sosiobudaya
- Kluster TVET dan Industri
- Kluster Kejuruteraan dan Alam Bina
- Kluster Sumber Asli dan Alam Sekitar
- Kluster Perubatan dan Sains Kesihatan
- Kluster Pertanian dan Keselamatan Makanan
- Kluster Teknologi Maklumat dan Komunikasi
- Kluster Pembangunan Sosial dan Perpaduan Nasional
- Kluster Politik, Governans dan Perundangan
Majlis Profesor Universiti (MPU)
Penubuhan Chapter MPN Universiti di setiap Universiti Awam (UA) dan Universiti Swasta (US) adalah bertujuan untuk menggerakkan kepakaran para Profesor dan Profesor Madya yang terdiri daripada pelbagai bidang kepakaran untuk membantu pembangunan Negara yang bernaung di UA dan US. Ia diwujudkan berdasarkan taburan afiliasi para Profesor dan Profesor Madya yang masih berkhidmat dengan Universiti dan membolehkan tenaga serta kepakaran mereka digembleng untuk kepentingan Negara.
Setiap Universiti disarankan menubuhkan Chapter MPN di universiti masing-masing. Penubuhan dan pemilihan Ketua Chapter dan jawatankuasa adalah berdasarkan kepada pelantikan yang dibuat oleh pengurusan Universiti dan pemilihan terdiri daripada kalangan para Profesor dan Profesor Madya. Pelantikan secara rasmi ketua Chapter MPN Universiti bagi tempoh selama dua (2) tahun akan dibuat oleh pihak Universiti masing-masing.
Chapter Universiti dan Institusi Pengajian Tinggi (IPTS) adalah seperti berikut:-
- Universiti Malaya (UM)
- Universiti Sains Malaysia (USM)
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
- Universiti Putra Malaysia (UPM)
- Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
- Universiti Utara Malaysia (UUM)
- Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
- Universiti Malaysia Sabah (UMS)
- Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
- Universiti Teknologi MARA (UiTM)
- Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
- Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
- Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
- Universiti Malaysia Pahang (UMP)
- Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
- Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
- Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
- Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
- Universiti Swasta (US)